Apple Membatalkan Acara Pelancaran iPhone 9 Dan iPad Pro Comments Off on Apple Membatalkan Acara Pelancaran iPhone 9 Dan iPad Pro

Apple disahkan telah membatalkan acara pelancaran produk terbaru pada hujung bulan Mac ini. John Prosser dari Front Page Tech memberitahu perkara itu telah dimaklumkan sendiri oleh sumber dalaman Apple. Menurut sumber, walaupun acara itu tidak berlangsung, pelancaran produk tetap akan diteruskan.

Acara yang menghimpunkan pengamal media antarabangsa ini dibatalkan ekoran daripada penularan wabak COVID-19 yang semakin meningkat di wilayah barat Amerika Syarikat yang terletaknya ibu pejabat Apple di Cupertino, California.

Imej pengolokan iPhone 9

Walaubagaimanapun, Apple dijangka akan memperkenalkan produk mereka melalui penstriman secara langsung yang tidak dihadiri orang ramai atau melalui siaran media di laman Apple Newsroom.

Amerika kini berhadapan dengan 1010 kes dan 31 kematian dicatatkan setakat 10 Mac sekaligus membuatkan pihak berkuasa di sana mengambil langkah proaktif dengan menyekat sebarang perhimpunan yang dihadiri lebih 1000 orang.

iPad Pro 2020

Terdahulu, Apple dikhabarkan mahu memperkenalkan telefon bajet, iPhone 9 dan iPad Pro generasi baharu dengan tiga kamera belakang. Memandangkan syarikat itu kini berhadapan dengan kelembapan pengeluaran telefon pintar di kilang Foxconn di China, ada yang mendakwa pelancaran iPhone 9 mungkin akan ditunda dan Apple mungkin akan tertumpu pada iPad Pro sebagai produk utama.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend