Apple Mematikan Fungsi FaceTime Berkumpulan Buat Sementara Waktu Comments Off on Apple Mematikan Fungsi FaceTime Berkumpulan Buat Sementara Waktu 254

Apple hari ini mematikan fungsi FaceTime berkumpulan atas sebab masalah pepijat privasi. Masalah ini disedari pada peranti iPhone, iPad, dan Mac yang mana pemanggil dapat mendengar suara dan melihat video walaupun penerima tidak mengangkat panggilan.

Melalui kenyataan rasmi sebentar tadi, Apple menyatakan mereka kini mematikan fungsi tersebut buat sementara waktu dan akan menampal pepijat dalam masa terdekat minggu ini.

Buat masa ini, pengguna iOS dan macOS boleh melihat pilihan menambah panggilan, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menggunakannya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend