Apple Melantik TSMC Untuk Menghasilkan Cipset A12 Berasaskan Proses 7nm Comments Off on Apple Melantik TSMC Untuk Menghasilkan Cipset A12 Berasaskan Proses 7nm

Jika tahun 2017 yang lalu Apple telah menggunakan cipset A11 yang dihasilkan oleh TSMC iaitu syarikat pengeluar semikonduktor dari Taiwan untuk model iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga iPhone X. Nampaknya tahun ini Apple sekali lagi telah menyerahkan tanggungjawab kepada TSMC untuk menghasilkan cipset terbaru untuk iPhone model 2018 nanti.

Sebagaimana nama yang digunakan sebelum ini, cipset terbaru untuk iPhone edisi 2018 ini akan dikenali sebagai A12 dan ia akan menjanjikan prestasi yang jauh lebih baik berbanding cipset sebelum ini. Kehadiran cipset ini sudah tentunya akan menjadi yang terbaik di pasaran kerana ia berasaskan proses 7nm berbanding 10nm pada cipset A11.

Pemilihan TSMC sebagai satu-satunya pengeluar cipset A12 untuk tahun 2018 ini secara tidak langsung bakal menjanjikan keuntungan besar buat syarikat dari Taiwan itu. Ini berikuta terdapat laporan yang dikeluarkan oleh penganalisa yang menjangkakan sebanyak 100 juta unit iPhone edisi 2018 akan terjual.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend