Apple Mac Pro Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM25999 Comments Off on Apple Mac Pro Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM25999

Apple Mac Pro merupakan komputer paling berkuasa daripada Apple yang telah diperkenalkan pada bulan Jun lalu. Kini harganya telah diumumkan secara rasmi di peringkat global termasuk di Malaysia.

Pada harga bermula RM25999 seunit, tak dinafikan lagi ia sememangnya ditujukan khas kepada mereka yang profesional untuk melakukan tugas-tugas yang tidak dilakukan oleh manusia biasa. Pengguna juga diberi kebebasan untuk menaik taraf memori sehingga 1.5TB RAM untuk mencapai prestasi berkuasa dewa. Sudah pasti harga yang jauh lebih mahal.

Buat masa ini, pengguna di negara ini masih belum boleh mengkonfigurasi spesifikasi untuk Mac Pro memandangkan ia belum dibuka untuk jualan. Mac Pro juga hadir dalam versi Rack pada harga bermula RM27999 seunit. Reka bentuk ini sekaligus membolehkan pengguna meletakkannya di laci almari untuk menjimatkan ruang di atas meja.

Jadi, tiada tarikh khusus bilakah ia akan mula dijual. Mungkin dalam beberapa minggu dari sekarang?

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend