Apple Mac Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Konfigurasi Tertinggi Melebihi RM233k Comments Off on Apple Mac Pro Kini Boleh Dibeli Di Malaysia – Konfigurasi Tertinggi Melebihi RM233k

Kelmarin Apple Malaysia telah mula mempamerkan Mac Pro di laman sesawang mereka tetapi hanya menunjukkan harga permulaan untuk CPU terbaru ini. Terkini, produk tersebut telah mula ditawarkan kepada orang ramai dengan harga menjangkau ratusan ribu ringgit.

Konfigurasi tertinggi untuk sebuah Mac Pro adalah berharga RM233,707.80. Ia dilengkapi pemproses 28-teras Intel Xeon W 2.5GHz (Turbo boost sehingga 4.4GHz), 1.5TB (12x128GB) DDR4 ECC, storan 4TB SSD, Apple Afterburner card, kerangka keluli tahan karat, Magic Mouse 2, Magic Trackpad 2, Magic Keyboard, perisian Final Cut Pro X, dan Logic Pro X.

Setelah membayarnya, pelanggan akan menerima Mac Pro dengan konfigurasi tersendiri dalam tempoh lebih kurang dua bulan dari tarikh pembelian. Jadi, jelas sekali komputer sebegini mahal bukan disasarkan kepada pengguna biasa tetapi kepada golongan profesional dalam bidang automotif, animasi, kejuteraan, dan mereka yang melakukan suntingan video berdefinisi tinggi.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend