Apple Kini Tawar Perkhidmatan Ukiran Emoji Pada Sarung AirPods Secara Percuma Comments Off on Apple Kini Tawar Perkhidmatan Ukiran Emoji Pada Sarung AirPods Secara Percuma

Perkhidmatan ukiran pada produk keluaran Apple bukanlah sesuatu yang baharu diperkenalkan, kerana ia boleh diukir secara percuma untuk AirPods, iPad, iPod touch dan juga Apple Pencil. Tidak cukup dengan itu Apple juga sebelum ini turut menawarkan perkhidmatan bungkusan hadiah dengan kad ucapan khas yang boleh dihantar kepada si penerima secara percuma.

Pilihan ukiran emoji yang ditawarkan.

Menariknya, baru-baru ini Apple termasuk Apple Malaysia telah mengumumkan satu lagi keunikan untuk setiap pembelian AirPods, yang mana anda kini boleh mengukir emoji pada bahagian depan sarung secara percuma. Walau bagaimanapun, pilihan emoji adalah terhad untuk 31 jenis emoji yang disediakan sahaja.

Ukiran emoji ini boleh dipilih melalui menu ‘Personalize it for free’ sebelum anda meneruskan proses pembelian Apple AirPods itu melalui laman rasmi Apple. Perkhidmatan ukiran emoji ini boleh dinikmati untuk setiap pembelian model AirPods, AirPods with Wireless Charging Case dan juga AirPods Pro.

Baca juga:

Apple AirPods Pro Kini Rasmi Dengan Rekaan Earbuds Pada Harga RM1099

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend