Apple Kini Dalam Proses Menghasilkan Skrin MicroLED Buatannya Sendiri Comments Off on Apple Kini Dalam Proses Menghasilkan Skrin MicroLED Buatannya Sendiri

Rata-rata daripada pembaca sudah tentunya tahu bahawa Apple sebelum ini telah menggunakan perkakasan daripada pelbagai pihak berbeza dalam menghasilkan model iPhone keluarannya. Paling mendapat perhatian pengguna adalah penggunaan paparan skrin OLED yang dihasilkan oleh Samsung untuk iPhone X yang telah mendapat pengiktirafan daripada DisplayMate sebagai paparan skrin terbaik pernah dihasilkan setakat ini.

Tetapi nampaknya jenama dari Cupertino ini mungkin tidak lagi akan menggunakan paparan skrin yang dihasilkan oleh Samsung kerana ia dilaporkan sedang giat menghasilkan panel skrin MicroLED buatannya sendiri. Apple dikatakan telah membuat pelaburan yang besar untuk penghasilan panel MicroLED yang dikatakan mampu menjanjikan rekaan peranti yang lebih nipis, dan dalam masa yang sama lebih terang serta lebih efisien tenaga.

Sungguhpun begitu, panel MicroLED yang dibangunkan oleh Apple ini mungkin memakan masa beberapa tahun sebelum ianya akan mula diperkenalkan pada peranti keluarannya termasuklah Apple Watch dan juga iPhone pada masa akan datang.

Sumber: Bloomberg

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend