Apple Kemas Kini AirPods Menerusi Generasi Kedua – Kini Tanpa Wayar Sepenuhnya Comments Off on Apple Kemas Kini AirPods Menerusi Generasi Kedua – Kini Tanpa Wayar Sepenuhnya 378

Apple AirPods terbaharu akhirnya diperkenalkan kepada umum awal pagi tadi. Ia merupakan fon telinga generasi kedua tanpa wayar sepenuhnya yang hadir dengan saiz paling kompak dalam kelasnya.

AirPods terbaharu kini dilengkapi sarung yang menyokong pengecasan tanpa wayar – berbanding sebelum ini yang mana pengguna perlu membelinya secara berasingan daripada pihak ketiga. Walaupun reka bentuk tidak berubah, Apple sebenarnya telah melakukan sedikit perubahan pada indikator LED. Kini indikator LED telah diletakkan di bahagian luar bagi memudahkan pengguna melihatnya tanpa perlu membuka penutup sarung.

Apple telah mengemas kini bahagian perkakasan, ia kini dilengkapi cip H1 terbaharu yang mana mampu menawarkan sambungan bluetooth yang lebih pantas dan stabil – 2-kali lebih pantas apabila menukar sambungan ke peranti lain dan 1.5-kali lebih pantas untuk sambungan menjawab panggilan. Cip H1 ini juga menawarkan hampir 30 peratus lebih rendah kependaman permainan (latency) untuk kelancaran semasa bermain permainan mudah alih, mendengar muzik, serta menikmati podcast. Pada masa sama, ia juga menawarkan kualiti bunyi yang lebih baik berbanding AirPods terdahulu.

Apple turut memaklumkan bateri pada AirPods terbaharu ini mampu memainkan muzik lebih dari 24 jam (bersama sarungnya) serta menawarkan masa mendengar selama tiga jam untuk 15 minit pengecasan – sementara masa berbual pula kini telah ditingkatkan kepada 50 peratus.

Seperti biasa AirPods terbaharu ini boleh disambungkan ke mana-mana peranti Apple yang lain seperti iPhone, iPad, iMac, MacBook, dan Apple Watch. Ia masih lagi menyokong sambungan kepada peranti selain Apple, tetapi pengguna tidak akan dapat menikmati ciri penuh yang ditawarkan.

Setelah meninjau di laman rasmi Apple Malaysia, fon telinga tanpa wayar sepenuhnya ini ditawarkan pada harga RM879 seunit. Sementara untuk AirPods dengan sarung biasa dijual pada harga RM699 – lebih murah berbanding generasi pertama sewaktu ia diperkenalkan.

Apple juga menjual sarung AirPods dengan pengecasan tanpa wayar secara berasingan. Bagi yang sudah memiliki AirPods tetapi inginkan sarung baharu, ia boleh dimiliki pada harga RM439 sahaja. Bagaimanapun, ketersedian AirPods terbaharu ini masih lagi belum diumumkan sehingga diberitahu kelak.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend