Apple Keluarkan Sarung Pelindung Dengan Bateri Untuk iPhone XS, XS Max, Dan XR Comments Off on Apple Keluarkan Sarung Pelindung Dengan Bateri Untuk iPhone XS, XS Max, Dan XR

Apple hari ini melancarkan aksesori tambahan untuk tiga buah iPhone berskrin penuh mereka. Sarung pelindung ini bukan seperti sarung yang biasa anda guna, tetapi ia dilengkapi dengan bateri tambahan terbina seakan sebuah powerbank dua-dalam-satu.

Smart Battery Case memiliki reka bentuk yang agak serupa dengan sarung rasmi Apple sebelum ini, tetapi untuk model ini ia agak tebal sedikit di bahagian yang sudah pasti untuk menempatkan bateri tambahan. Tiada angka sebenar untuk kapasiti bateri, namun apa yang difahamkan ia mampu menyokong bateri yang lebih lama sekitar 20 hingga 22 jam.

Smart Battery Case didatangkan dengan dua pilihan warna hitam dan putih. Apple menjual aksesori ini pada harga $129 (~RM530) sebuah di pasaran A.S terlebih dahulu. Sementara untuk harga dan ketersediaan di Malaysia masih belum diketahui.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend