Apple iPhone XS Max Ini Dijual Pada Harga Melebihi RM50,000 Comments Off on Apple iPhone XS Max Ini Dijual Pada Harga Melebihi RM50,000

Jenama Caviar tidak asing lagi di telinga golongan bangsawan terlebih kaya. Mereka memiliki kepakaran untuk menghiaskan peranti sedia ada menjadi lebih istimewa serta unik. Bukan itu sahaja, penggunaan bahan-bahan seperti perak, titanium, emas, platinum, dan batu permata menjadikan peranti tampak lebih mewah.

Terbaru, Caviar kini memperkenalkan siri iPhone XS dengan empat pilihan kosmetik. Anda boleh memilih iPhone XS Max dengan panel belakang menggunakan karbon, titanium, berlian, emas, atau edisi istimewa (emas 150g) pada harga yang berbeza-beza.

Setiap unit yang dipasarkan oleh Caviar adalah menggunakan iPhone XS versi 512GB. Anda boleh bayangkan harga asal untuk versi ini juga melebihi kemampuan rata-rata rakyat Malaysia, inikan pula setelah dihiaskan dengan bahan-bahan premium.

Jadi, Apple iPhone XS Max edisi Caviar dijual pada harga bermula USD5,200 (~RM21,531) untuk edisi Karbon, USD5,500 (~RM22,773) untuk edisi Titanium, USD5,960 (~RM24,678) untuk edisi Emas tulen, USD9,890 (~RM40,950) untuk edisi Berlian, dan yang termahal sekali dijual pada harga USD15,340 (~RM63,516) untuk edisi Emas Istimewa 150g.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend