Apple iPhone XS Max Boleh Dimiliki Lebih Awal Pada Harga Lebih Rendah Comments Off on Apple iPhone XS Max Boleh Dimiliki Lebih Awal Pada Harga Lebih Rendah

Apple iPhone XS dan XS Max telah dilancarkan secara rasmi dan gelombang pertama sudahpun tiba di negara jiran terlebih dahulu. Di Malaysia, ada beberapa gedung e-dagang sudahpun mengeluarkan harga peranti tersebut. Seperti contoh untuk iPhone XS Max 64GB, ia boleh ditempah pada harga RM5,399 dan dijangka akan diterima bermula 26 Oktober depan.

Bagaimanapun jika anda ingin menjadi pengguna yang terawal, anda boleh mendapatkan peranti ini pada harga yang lebih rendah. Melalui tinjauan kami, pengedar besar Satu Gadget Dot Com sedang mengadakan promosi iPhone XS Max. Peranti itu kini dijual pada harga bermula RM4,999 untuk varian 64GB.

Pihak 1G juga menawarkan iPhone XS Max dengan pilihan storan yang lebih besar. Anda juga boleh mendapatkan varian 256GB pada harga RM5,599 dan untuk varian 512GB pula, ia boleh dimiliki pada harga RM6,399.

Bagi kami ini adalah harga yang paling rendah dijual di pasaran tempatan setakat ini. Malahan, ia juga jauh lebih murah daripada harga rasmi yang bakal ditawarkan nanti. Untuk pengetahuan, set yang dijual adalah set Singapura. Jadi, anda tidak perlu risau untuk membuat tuntutan di mana-mana stor Apple di Malaysia pada masa kelak.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend