Apple iPad Pro Baharu Diperkenalkan Dengan Paparan 120Hz Pro Motion – Harga Daripada RM3499 Comments Off on Apple iPad Pro Baharu Diperkenalkan Dengan Paparan 120Hz Pro Motion – Harga Daripada RM3499

Pada 2018, Apple telah memperkenalkan tablet versi Pro dengan skrin penuh tanpa TouchID. Kini tablet tersebut telah menjalani tingkat taraf dan kali ini iPad Pro baharu telah diperkenalkan secara rasmi.

Baca: Apple MacBook Air Baharu Kini Dengan Papan Kekunci Magic – RM4399 Dan RM5599

Antara perubahan yang dilakukan adalah pada skrin, pemproses, kamera, dan sokongan papan kekunci kekunci Magic. iPad Pro baharu hadir dalam empat model iaitu:

  • iPad Pro 11″ Wi-Fi
  • iPad Pro 11″ Wi-Fi + Selular
  • iPad Pro 12.9″ Wi-Fi
  • iPad Pro 12.9″ Wi-Fi+ Selular

Pengguna diberi pilihan sama ada inginkan storan 128GB, 256GB, 512GB, dan paling besar 1TB dengan dua pilihan warna Space Gray atau Silver. Daripada segi harga ia ditawarkan bermula daripada RM3499 hingga RM7299 bergantung kepada saiz skrin, storan, dan sambungan.

iPad Pro dilengkapi paparan 120Hz Liquid Retina bersama sokongan True Tone, P3 Wide Colour Gamut, Ultra-low Reflectivity, dan keterangan skrin mencapai 600-nits, sekaligus dapat melicinkan pengalaman multimedia kepada pengguna.

iPad Pro kini dikuasakan cip pemproses A12Z Bionic lapan teras yang didakwa lebih berkuasa daripada sebuah komputer riba. Cip ini berupaya menjalankan penyuntingan video 4K, reka bentuk 3D, dan realiti imbuhan tanpa sebarang masalah.

Apa yang menarik, rekaan kamera belakang iPad Pro kini mirip seperti iPhone 11 Pro. Walaupun bonjol kameranya tampak sama, konfigurasi kameranya adalah berbeza. iPad Pro memuatkan sensor kamera utama 12MP dan kamera ultralebar 10MP, manakala sensor ketiga bukanlah kamera sebaliknya pengimbas LiDAR (Light Detection and Ranging) yang berfungsi untuk menentukan jarak dengan mengukur berapa lama ia mengambil cahaya untuk mencapai objek dan mencerminkan kembali atau secara asasnya digunakan untuk realiti imbuhan.

Terakhir sekali, iPad Pro kini menyokong papan kekunci Magic yang memudahkan pengguna melakukan kerja-kerja menaip menggunakan iPadOS.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend