Apple iPad Pro (2020) Kini Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM3499 Comments Off on Apple iPad Pro (2020) Kini Ditawarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM3499

Pada bulan lalu Apple telah memperkenalkan siri iPad Pro terbaru mereka yang mana iPad ini menawarkan sejumlah ciri terbaru antaranya ialah paparan 120Hz Pro Motion, storan sehingga 1TB, dan sensor LiDAR.

Kini peranti itu telah mula dijual di pasaran Malaysia pada harga bermula RM3499 dan varian tertinggi mencapai RM7299. Siri iPad Pro (2020) hadir dalam dua model iaitu 11-inci dan 12.9-inci yang tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Space Gray dan Silver.

Baca: Apple iPad Pro Baharu Diperkenalkan Dengan Paparan 120Hz Pro Motion – Harga Daripada RM3499

iPad Pro (2020) dilengkapi cip pemproses A12X Bionic, dwikamera belakang 12MP + 10MP ultralebar + sensor LiDAR, kamera depan 7MP TrueDepth, dan empat pembesar suara. Selain itu kedua-dua iPad Pro menyokong eSIM, Apple Pencil, dan Magic Keyboard yang dijadualkan bakal memasuki pasaran Malaysia pada bulan Mei 2020.

Berikut merupakan harga Apple iPad Pro (2020):

  • Apple iPad Pro 11″ 128GB WiFi – RM3499
  • Apple iPad Pro 11″ 256GB WiFi – RM3949
  • Apple iPad Pro 11″ 512GB WiFi – RM4849
  • Apple iPad Pro 11″ 1TB WiFi – RM5749
  • Apple iPad Pro 11″ 128GB WiFi+selular – RM4149
  • Apple iPad Pro 11″ 256GB WiFi+selular – RM4599
  • Apple iPad Pro 11″ 512GB WiFi+selular – RM5499
  • Apple iPad Pro 11″ 1TB WiFi+selular – RM6399
  • Apple iPad Pro 12.9″ 128GB WiFi – RM4399
  • Apple iPad Pro 12.9″ 256GB WiFi – RM4849
  • Apple iPad Pro 12.9″ 512GB WiFi – RM5749
  • Apple iPad Pro 12.9″ 1TB WiFi – RM6649
  • Apple iPad Pro 12.9″ 128GB WiFi+selular – RM5049
  • Apple iPad Pro 12.9″ 256GB WiFi+selular – RM5499
  • Apple iPad Pro 12.9″ 512GB WiFi+selular – RM6399
  • Apple iPad Pro 12.9″ 1TB WiFi+selular – RM7299

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend