Apple iOS 12 Kini Sedia Dimuat Turun Pada Peranti iPhone Dan iPad Comments Off on Apple iOS 12 Kini Sedia Dimuat Turun Pada Peranti iPhone Dan iPad

Bermula hari ini para pengguna iPhone dan iPad di Malaysia boleh memuat turun kemas kini terbaru iOS 12 pada peranti masing-masing. Ketersedian perisian terbaharu ini telahpun diumumkan oleh pihak Cupertino pada pelancaran iPhone XS, iPhone XS Max, dan iPhone XR minggu lepas.

Apple iOS 12 menyediakan sejumlah ciri baharu yang membolehkan peranti beroperasi dengan lebih pantas serta lebih cekap. Sebanyak 13 ciri telah disertakan dalam iOS 12 dan anda boleh menyemaknya pada artikel di bawah:

Ketahui 13 Fungsi Baharu Yang Telah Diperkenalkan Dalam iOS 12…

Kemas kini iOS 12 (bersaiz 1.59GB) hanya boleh dimuat turun pada peranti iPhone 5s dan ke atas, iPad Air dan ke atas, iPad Mini 2 dan ke atas, serta iPad Pro. Kemas kini boleh dilakukan di bahagian Settings > General > Software Update.

Ruang memori kelihatan berkurangan selepas kemas kini

Pengguna dinasihatkan memulakan proses kemas kini dengan menyalin data pendua jika menggunakan komputer, manakala melalui OTA (over-the-air) pengguna perlu menggunakan sambungan Wi-Fi yang stabil.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend