Apple Dipercayai Akan Menurunkan Harga Jualan iPhone X Sehingga USD300 Apabila Generasi Kedua Dilancarkan Comments Off on Apple Dipercayai Akan Menurunkan Harga Jualan iPhone X Sehingga USD300 Apabila Generasi Kedua Dilancarkan

Rata-rata daripada kita sudah sedia maklum bahawa iPhone X merupakan peranti paling mahal pernah dijual oleh Apple. Tetapi menurut penganalisa TF International Securities iaitu Ming-Chi Kuo yang sememangnya terkenal dengan berita ketirisan yang boleh dipercayai telah mendakwa bahawa Apple akan menurunkan harga jualan iPhone X.

Berdasarkan kepada maklumat yang dikongsikan, harga jualan untuk iPhone X akan diturunkan dengan agak banyak iaitu mencecah sehingga USD300 (kira-kira RM1,190) apabila model iPhone 2018 diperkenalkan secara rasmi. Sebagai rujukan, harga jualan iPhone X 64GB di Amerika Syarikat adalah USD999 (kira-kira RM3,970) dan varian 256GB pula dijual pada harga USD1,149 (kira-kira RM4,570).

iPhone X generasi kedua dijangka akan dijual pada September 2018 nanti.

Menurut Ming-Chi Kuo lagi, harga jualan iPhone X generasi kedua untuk tahun 2018 nanti dipercayai akan dijual pada harga USD600 hingga USD700 (kira-kira RM2,385 hingga RM2,780) untuk model iPhone X 6.1 inci LCD, manakala model iPhone X 2018 akan dijual antara USD800 hingga USD900 (kira-kira RM3,180 hingga RM3,578) dan iPhone X Plus pula akan dijual pada harga antara USD900 hingga USD1,000 (kira-kira RM3,578 hingga RM3,975).

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend