Apple Dipercayai Akan Menggunakan Cipset 5nm Dengan Sokongan 5G Menjelang Tahun Depan Comments Off on Apple Dipercayai Akan Menggunakan Cipset 5nm Dengan Sokongan 5G Menjelang Tahun Depan 129

Penawaran telefon pintar Android dengan sokongan rangkaian 5G bukan lagi satu perkara baharu, malah Malaysia yang masih belum memiliki rangkaian 5G turut menerima kemasukan model Vivo NEX 3 yang tersedia dengan rangkaian 5G.

Berbeza dengan Apple, siri iPhone 11 yang baru dilancarkan sebelum ini dilihat masih lagi menyokong rangkaian 4G. Tetapi menurut laporan yang dikongsikan oleh portal Nikkei, Apple akan memperkenalkan model iPhone dengan menggunakan modem 5G daripada Qualcomm X55 pada tahun 2020 nanti.

Siri iPhone 11 yang diperkenalkan tahun ini masih lagi menyokong rangkaian 4G.

iPhone dengan sokongan rangkaian 5G ini juga akan dikuasakan oleh cipset Apple A14 yang dibangunkan berasaskan daripada proses 5nm. Tidak cukup dengan itu, dua daripada model iPhone pada tahun depan dipercayai akan menggunakan paparan skrin OLED fleksibel yang mungkin memberi petanda rekaan skrin melengkung.

sumber

Baca juga:

Apple AirPods Pro Kini Rasmi Dengan Rekaan Earbuds Pada Harga RM1099

iPhone SE 2 Dengan Cipset A13 Bionic Dipercayai Akan Dijual Pada Harga Sekitar RM1,700

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend