Apple Dipercayai Akan Memperkenalkan iPhone X Dalam Warna Emas Untuk Tahun 2018 Ini Comments Off on Apple Dipercayai Akan Memperkenalkan iPhone X Dalam Warna Emas Untuk Tahun 2018 Ini

Laporan sebelum ini ada mengatakan bahawa jualan iPhone X dikatakan agak teruk berbanding model keluaran Apple yang lain, ini mungkin disebabkan oleh faktor harga jualannya yang agak tinggi untuk dimiliki. Tidak mustahil juga masih ramai di antara pengguna di luar sana yang belum bersedia dengan rekaan baharu yang diperkenalkan pada iPhone X.

Walaupun model ini akan digantikan dengan model terbaru tidak lama lagi, @VenyaGeskin1 yang boleh dianggap antara sumber yang boleh dipercayai dalam ketirisan berita berkaitan produk Apple telah mendedahkan bahawa iPhone X bakal diperkenalkan dalam warna emas untuk tahun 2018 ini.

Dengan menggunakan nama kod D21A, dia telah berkongsi beberapa keping gambar iPhone X dalam warna emas pada bahagian kerangkanya. Jika benar dakwaan ini, tidak mustahil jika Apple akan mengumumkan kemunculan warna baharu iPhone X ini dalam acara Apple Special Event yang akan berlangsung pada 27 Mac 2018 ini.

Malah Apple sebelum ini pernah memperkenalkan edisi istimewa (PRODUCT)RED untuk model iPhone 7 dan 7 Plus dalam acara yang sama pada 21 Mac tahun lepas.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend