Apple Dilaporkan Cuba Mengambil Kesempatan Dari Program Penukaran Bateri iPhone?! Comments Off on Apple Dilaporkan Cuba Mengambil Kesempatan Dari Program Penukaran Bateri iPhone?!

BBC Watchdog iaitu program kewartawanan yang menjalankan aktiviti penyiasatan untuk pengguna di United Kingdom, baru-baru ini telah mendedahkan satu laporan yang mendakwa Apple telah cuba mendapatkan keuntungan dari program penukaran bateri iPhone dengan memaksa pelanggannya membuat pembayaran untuk pembaikan yang tidak diperlukan.

BBC Watchdog merupakan program TV yang menyiasat sebarang isu yang dihadapi oleh pengguna atau pembeli di UK.

Untuk pengetahuan pembaca, program penukaran bateri iPhone ini telah diwujudkan selepas Apple mendapat kritikan hebat dan juga tindakan undang-undang dari pengguna selepas mereka menyekat prestasi peranti sekiranya hayat bateri tidak mencapai tahap yang optimum. Berikutan isu tersebut, Apple dilihat telah menawarkan diskaun untuk penukaran bateri bagi peranti yang tidak lagi memiliki jaminan waranti.

Sungguhpun begitu, ada pengguna yang telah mengadu bahawa Apple dikatakan telah memaksa mereka untuk membayar kos pembaikan walaupun bahagian perkakasan yang dikatakan rosak itu sebenarnya berfungsi tanpa sebarang masalah. Malah Apple dikatakan akan hanya menawarkan potongan harga untuk bateri iPhone itu sebaik sahaja pengguna bersetuju untuk membayarnya.

Bagi menyelamatkan keadaan, Apple dikatakan telah memberitahu pelanggan bahawa kerosakan kosmetik ataupun kerosakan lain perlu dibaiki terlebih dahulu sebelum proses penggantian bateri dilaksanakan. Namun begitu, BBC Watchdog mahupun pihak peguam Matthew Purcell dari Sanders Law tidak menemui sebarang kenyataan rasmi berhubung perkara tersebut sebagaimana yang didakwa oleh Apple.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend