Apple Dilaporkan Akan Menjual iPhone XR Pada Harga Lebih Murah Di Jepun Dan Menjual Semula iPhone X Comments Off on Apple Dilaporkan Akan Menjual iPhone XR Pada Harga Lebih Murah Di Jepun Dan Menjual Semula iPhone X

Menurut pendedahan yang dibuat oleh The Wall Street Journal, Apple telah dilaporkan akan menawarkan model terbaharunya iaitu iPhone XR pada harga yang lebih murah di Jepun. Penurunan harga untuk model tersebut dibuat melalui pemberian subsidi kepada pembekal telco tempatan, dan dipercayai akan ditawarkan bermula minggu depan di negara matahari terbit itu.

Sebagaimana yang kita sedia maklum, Apple juga sebelum ini dikatakan telah mengurangkan pembuatan iPhone XS, XS Max dan XR berikutan permintaannya yang kurang memberangsangkan. Sungguhpun begitu, ia bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana jualan telefon pintar global dilihat semakin menguncup buat dua tahun berturut-turut.

Apa yang lebih mengejutkan, Apple juga telah didakwa akan mula menjual semula model yang diperkenalkan tahun lepas iaitu iPhone X yang mana sebelum ini telahpun dihentikan jualannya. Buat masa ini tidak pula didedahkan negara mana yang akan terlibat dengan penjualan semula model iPhone X itu.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend