Apple Dikatakan Akan Memperkenalkan iPad Lebih Murah Dengan Sokongan Apple Pencil Pada 27 Mac Ini Comments Off on Apple Dikatakan Akan Memperkenalkan iPad Lebih Murah Dengan Sokongan Apple Pencil Pada 27 Mac Ini

Apple sebelum ini pernah memperkenalkan Apple Pencil buat pertama kalinya pada tahun 2015 yang lalu, dan ia hanya boleh digunakan bersama-sama dengan iPad Pro sahaja.

Bersempena dengan acara istimewa Apple yang memfokuskan pada aspek pendidikan pada 27 Mac 2018 ini, Apple dikatakan akan memperkenalkan iPad berukuran 9.7 inci yang mampu menyokong Apple Pencil. Lebih menariknya, harga jualan iPad itu nanti akan dijual pada harga lebih murah berbanding iPad yang diperkenalkan sebelum ini.

Proses pembelajaran menggunakan iPad biasa akan menjadi lebih mudah dengan bantuan Apple Pencil.

Maklumat ini telah dikongsikan oleh penganalisa terkenal produk Apple iaitu Ming-Chi Kuo kerana ia dikatakan mampu membantu proses pembelajaran dan dalam masa yang sama mampu meningkatkan jualan Apple Pencil itu sendiri.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend