Apple Dijangka Akan Menawarkan Sokongan RAM Sehingga 6GB Untuk Model iPhone 12 Comments Off on Apple Dijangka Akan Menawarkan Sokongan RAM Sehingga 6GB Untuk Model iPhone 12

Berbeza dengan generasi iPhone sebelum ini, Apple telah dilaporkan akan memperkenalkan empat model berbeza untuk siri iPhone 12 yang akan dilancarkan pada tahun ini.

Menurut Timothy Arcuri dan Munjal Shah yang merupakan penganalisa di UBS, Apple dipercayai akan mengambil pendekatan untuk menawarkan RAM berkapasiti 4GB untuk dua model keluarannya. Manakala dua model mercunya pula akan dilengkapi dengan RAM berkapasiti 6GB.

  • iPhone 6.7 inci – tiga kamera dengan 3D sensing dan 6GB RAM
  • iPhone 6.1 inci – tiga kamera dengan 3D sensing dan 6GB RAM
  • iPhone 6.1 inci – dwi kamera dan 4GB RAM
  • iPhone 5.4 inci – dwi kamera dan 4GB RAM

Pendedahan ini secara tidak langsung telah menguatkan lagi ramalan yang pernah dibuat sebelum ini yang mengatakan bahawa dua model tertinggi iPhone 12 nanti akan didatangkan dengan RAM berkapasiti 6GB. Menariknya kesemua empat model iPhone untuk tahun 2020 ini turut dilaporkan akan menyokong panel OLED, tetapi hanya model tertinggi sahaja akan menggunakan panel OLED daripada Samsung.

Dalam laporan berasingan yang didedahkan oleh penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo, Apple juga berkemungkinan besar akan turut menawarkan sokongan rangkaian 5G untuk model iPhone 2020 nanti.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend