Apple Cuba Tunjuk Betapa Hebatnya Face ID Dalam Iklan iPhone X, Tapi Lain Pula Jadinya… Comments Off on Apple Cuba Tunjuk Betapa Hebatnya Face ID Dalam Iklan iPhone X, Tapi Lain Pula Jadinya…

Kemunculan iPhone X yang menampilkan rekaan paparan skrin penuh dengan sokongan takuk (notch) pada bahagian atas kerangkanya telah mencetuskan pelbagai reaksi daripada pengguna. Malah ketiadaan ruang untuk menempatkan Touch ID secara tidak langsung telah mendorong Apple untuk tampil dengan teknologi pengecaman wajah yang dikenali sebagai Face ID.

Baru-baru ini Apple telah berkongsi satu video pengiklanan di YouTube yang mana ia cuba menarik perhatian penonton dengan kehebatan fungsi Face ID pada iPhone X. Niat asal Apple yang ingin bermegah dengan Face ID itu nampaknya tidak kesampaian apabila pengguna Internet lebih berminat dengan bug pada iOS 11 di dalam iklan tersebut.

Kewujudan bug pada notifikasi yang diterima oleh aplikasi iMessage ini jelas dapat dilihat pada saat ke-50 di dalam video tersebut, dan ia telah disedari oleh Benjamin Mayo dari 9to5Mac. Menurutnya lagi, laporan  berhubung bug itu sudah dibuat beberapa bulan yang lalu tetapi Apple masih belum berbuat apa-apa tindakan setakat ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend