Apple Cadang Untuk Memperkenalkan 13 Emoji Baharu Khusus Untuk Pengguna OKU Comments Off on Apple Cadang Untuk Memperkenalkan 13 Emoji Baharu Khusus Untuk Pengguna OKU

Baru-baru ini Apple dikatakan telah menghantar cadangannya ke Unicode Consortium untuk memperkenalkan 13 emoji baharu bertemakan ’emoji kebolehaksesan’ (accessibility emojis) khusus untuk pengguna OKU (Orang Kelainan Upaya). Bagi memperkenalkan emoji ini, Apple turut bekerjasama dengan beberapa pertubuhan OKU termasuklah Majlis Orang Buta Amerika, Yayasan Cerebral Palsy, dan juga Persatuan Kebangsaan Orang Pekak untuk menghasilkan rekaan emoji tersebut.

Jika cadangan itu diterima, emoji ini akan diperkenalkan secara rasmi pada peranti iOS, Android dan juga komputer menjelang tahun 2019 nanti. Ini bermakna emoji itu akan boleh digunakan pada iPhone atau sesetengah peranti Android bermula pertengahan tahun 2019.

13 emoji yang akan diperkenalkan itu mampu digunakan bagi mewakili individu kurang upaya seperti pekak, buta, memiliki lengan atau kaki mekanikal atau prostetik, dan banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend