Apple Berpendapat Penyeragaman Port USB-C Akan Memperlahankan Inovasi Comments Off on Apple Berpendapat Penyeragaman Port USB-C Akan Memperlahankan Inovasi

Awal tahun ini, Kesatuan Eropah telah mengeluarkan cadangan untuk menyeragamkan pengunaan port USB-C pada telefon pintar untuk pasaran Eropah, perkara ini secara tidak langsung sudah tentunya akan memberi impak terhadap pasaran global yang lain.

Berikutan daripada kenyataan itu, Apple telah berkongsi pendapatnya berhubung kesan terhadap inovasi dan juga isu alam sekitar yang akan perlu dihadapi sekiranya cadangan itu direalisasikan.

Port Lightning telah diperkenalkan oleh Apple buat pertama kalinya pada tahun 2012.

Menurut Apple, cadangan itu akan memperlahankan inovasi kerana para pengeluar terpaksa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kesatuan Eropah.

Malah ia juga dikatakan akan memberi kesan terhadap alam sekitar kerana kabel Lightning dan aksesori dengan port itu telah digunakan secara meluas. Jadi peralihan ke port USB-C akan menyebabkan berlakunya sisa elektronik yang sangat besar jumlahnya.

Apple setakat ini memiliki lebih dari 900 juta iPhone yang masih aktif , dan beratus juta aksesori dengan sokongan Lightning. Jadi penyeragaman port USB-C oleh Kesatuan Eropah akan memberi impak yang besar.

sumber

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend