Apple Berjaya Menjadi Syarikat AS Pertama Dalam Sejarah Cecah Nilai Pasaran USD1 Trilion Comments Off on Apple Berjaya Menjadi Syarikat AS Pertama Dalam Sejarah Cecah Nilai Pasaran USD1 Trilion

Jika pada minggu lepas para pelabur yakin bahawa Amazon bakal memintas kedudukan sebagai syarikat AS (Amerika Syarikat) pertama yang akan mencatatkan nilai pasaran sebanyak USD1 trilion, nampaknya jangkaan mereka telah meleset kerana jelas Apple dilihat masih berkuasa.

Semalam Apple dilihat telah berjaya menjadi syarikat pertama di AS dengan nilai pasaran melebihi USD1 trilion, selepas Apple dilihat telah berkongsi laporan kewangannya untuk suku kedua tahun ini pada Selasa lepas. Perkongsian laporan yang dilihat menjangkaui jangkaan Wall Street itu secara tidak langsung telah berjaya memperlihatkan kenaikan pasaran saham Apple sebanyak 5% pada hari berikutnya.

Malah pada hari Khamis, pasaran saham Apple dilihat terus meningkat sebanyak USD207.05, sekaligus mencatatkan nilai pasaran yang mencecah USD1 trilion. Sejak saham Apple ditawarkan kepada awam sejak tahun 1980, harga saham syarikat ini telah mencatatkan peningkatan hampir 40,000%.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend