Apple Beri Respon Berhubung Kontroversi ‘Battery Health’ Pada iPhone Comments Off on Apple Beri Respon Berhubung Kontroversi ‘Battery Health’ Pada iPhone 252

Apple baru-baru ini terpalit dengan kontroversi mengenai penggantian bateri pada iPhone. Peranti yang menggunakan bateri bukan daripada Apple tidak lagi dapat memantau peratusan kapasiti bateri melalui ciri Battery Health.

We take the safety of our customers very seriously and want to make sure any battery replacement is done properly. There are now over 1,800 Apple authorized service providers across the US so our customers have even more convenient access to quality repairs. Last year we introduced a new feature to notify customers if we were unable to verify that a new, genuine battery was installed by a certified technician following Apple repair processes. This information is there to help protect our customers from damaged, poor quality, or used batteries which can lead to safety or performance issues. This notification does not impact the customer’s ability to use the phone after an unauthorized repair.

Terbaru, Apple telah membuka mulut berhubung perkara ini. Berdasarkan kenyataan, Apple mengatakan pihaknya perlu mengambil langkah keselamatan yang serius bagi memastikan pemasangan semula bateri dapat dilakukan dengan betul.

Apple turut menambah, dengan lebih 1800 pusat bertauliah di seluruh negara (A.S.), pelanggan boleh mendapatkan pembaikan yang berkualiti dengan mudah. Mesej yang terpapar di ruang tetapan ‘bateri’ juga dapat melindungi pelanggan daripada kerosakan, berkualiti rendah, atau bateri yang boleh membawa kepada masalah keselamatan atau prestasi.

Gambar: iFixit

Bagaimanapun, Apple mendakwa mesej peringatan ini tidak akan memberi impak penggunaan peranti walaupun selepas dibaiki di kedai tidak bertauliah.

Terdahulu, pihak iFixit mula menyedari iPhone XR, XS, dan XS Max mereka yang menjalankan sistem operasi iOS 12 dan 13 beta mula memaparkan mesej peringatan tersebut. Isu ini seterusnya menjadi perbualan di kalangan pengguna iPhone sehingga pihak Apple tampil memberi penjelasan.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend