Apple Bercadang Untuk Memperkenalkan Rekaan Skrin Tanpa Takuk Menjelang Tahun 2019 Nanti Comments Off on Apple Bercadang Untuk Memperkenalkan Rekaan Skrin Tanpa Takuk Menjelang Tahun 2019 Nanti

Walaupun iPhone XS, XS Max dan juga XR baru sahaja dijual secara rasmi, kini muncul pula khabar angin yang melaporkan bahawa Apple bakal menyingkirkan rekaan skrin bertakuk pada iPhone model 2019 nanti. Perkara ini telah diperkatakan selepas imej paten yang dibuat pada 8 November yang lalu jelas memperlihatkan rekaan peranti dengan sokongan skrin penuh.

Berdasarkan ketirisan paten itu, Apple dikatakan akan memperkenalkan rekaan skrin penuh dengan sokongan lensa kamera hadapan yang terbina di dalam skrin. Perkara ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru kerana sebelum ini Samsung juga telah memperlihatkan rekaan skrin yang sama dengan rekaan ‘New Infinity’.

Rekaan skrin bertakuk pada peranti Apple telah diperkenalkan pada iPhone X dan ia menjadi trend kebanyakan pengeluar.

Menurut penganalisa terkenal Ming-Chi Kuo, Apple berkemungkinan besar akan memperkenalkan iPhone model 2019 yang dikenali sebagai iPhone XI atau disebut sebagai iPhone 11. Malah dia juga turut menjangkakan tiga varian akan diperkenalkan iaitu 6.5 inci OLED, 5.8 inci OLED dan juga 6.1 LCD.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend