Apple Bakal Perkenalkan Dua Lagi Produk Baharu Bulan Hadapan Comments Off on Apple Bakal Perkenalkan Dua Lagi Produk Baharu Bulan Hadapan

Apple mempunyai senarai panjang peranti yang ingin dilancarkan pada tahun ini dan syarikat itu juga dilaporkan sedang berusaha untuk memulakan produksi bagi produk-produk berkenaan. Menurut laporan terkini, Apple dikatakan akan melancarkan dua produk terbaru pada bulan hadapan.

Dua produk itu adalah MacBook Pro 13-inci dan AirPods baharu. Bagaimanapun bentuk dan rupa AirPods baharu itu masih tidak diketahui lagi tetapi laporan mengatakan ia adalah AirPods versi yang lebih murah berbanding AirPods Pro. Jadi, kemungkinan tiada sokongan pembatalan hingar pada fon telinga tersebut.

Sementara untuk MacBook 13-inci pula, ia dipercayai akan melalui perubahan yang signifikan pada bahagian luar dan dalam. Ada laporan mengatakan Apple akan mengubah reka bentuk komputer riba itu dan membesarkan sedikit saiz paparannya daripada 13.3-inci kepada 14.1-inci. Bahagian dalaman juga akan dikuasakan pemproses terbaru iaitu Intel Core Generasi ke-10.

Sekiranya Apple benar-benar melancarkan MacBook 14-inci ini nanti, ada khabar angin menjangkakan harganya juga mungkin melebihi US$1400 (~RM6123) seunit untuk spesifikasi asas.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend