Apple Akur Isu ‘BeautyGate’ Pada Kamera Depan iPhone XS Dan XS Max, Akan Diatasi Dengan Kemas Kini iOS 12.1 Comments Off on Apple Akur Isu ‘BeautyGate’ Pada Kamera Depan iPhone XS Dan XS Max, Akan Diatasi Dengan Kemas Kini iOS 12.1

Terdapat segelintir pemilik iPhone XS dan XS Max sebelum ini telah melaporkan bahawa kamera depan pada peranti mereka dilihat tidak mampu menghasilkan kualiti gambar yang lebih terperinci sebagaimana iPhone X. Walaupun tiada mod kecantikan disokong pada kedua-dua model itu, ia jelas dilihat telah melicinkan kulit wajah secara automatik.

Perbandingan hasil gambar menggunakan kamera depan pada iPhone X dan XS Max. (kredit gambar: Bussines Insider)

Menyedari akan isu ‘BeautyGate’ yang dihadapi oleh iPhone XS dan XS Max, Apple telah dilaporkan akan mengatasinya melalui ketersediaan kemas kini iOS 12.1 tidak lama lagi. Menurut jurucakap Apple, isu ini terjadi disebabkan oleh fungsi Smart HDR yang telah membuat kesilapan ketika memilih frame gambar apabila swafoto HDR diproses.

Walau bagaimanapun buat masa ini masih belum diketahui bila kemas kini rasmi iOS 12.1 akan mula ditawarkan untuk pemilik peranti iOS, terutamanya untuk pemilik iPhone XS dan XS Max yang berhadapan dengan isu ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend