Apple Akan Menghentikan Pengeluaran iPhone X Dan iPhone SE Tahun Ini Comments Off on Apple Akan Menghentikan Pengeluaran iPhone X Dan iPhone SE Tahun Ini

Berdasarkan laporan penganalisis industri, BlueFin Research memaklumkan Apple akan menghentikan pengeluaran iPhone X dan iPhone SE pada tahun ini berikutan mahu menfokuskan pada barisan iPhone terbaharu.

Dengan tindakan yang bakal dilakukan oleh Apple ini, mereka dapat mencapai sasaran kepada 91 juta unit pengeluaran iPhone sehingga hujung tahun ini. Khabarnya, Apple juga akan meningkatkan jumlah pengeluaran sebagai langkah siap siaga dengan sambutan orang ramai yang bakal melonjak pada tahun ini.

Penganalisis juga memaklumkan model iPhone X Plus akan menjadi produk terlaris diikuti iPhone X versi bajet yang dikatakan lebih mampu milik kali ini. Setakat artikel ini ditulis, tiada maklumat mengenai iPhone 8 akan dihentikan pengelurannya.

Sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend