Apple Akan Menggunakan Panel OLED Untuk Semua Model iPhone Bermula Tahun 2020 Comments Off on Apple Akan Menggunakan Panel OLED Untuk Semua Model iPhone Bermula Tahun 2020

Sebagaimana yang kita sedia maklum, iPhone X merupakan telefon pintar pertama keluaran Apple yang hadir dengan sokongan panel OLED. Bahkan trend penggunaan panel OLED ini telah diteruskan oleh Apple pada dua model terbarunya iaitu iPhone XS dan juga iPhone XS Max.

iPhone XR, iPhone XS dan iPhone XS Max.

Menurut laporan yang didedahkan oleh The Wall Street Journal, Apple dipercayai akan terus menghentikan penggunaan panel LCD pada telefon pintar keluarannya menjelang tahun 2020 nanti. Keputusan ini diambil berikutan penggunaan panel OLED yang lebih fleksibel adalah lebih sesuai untuk telefon pintar dengan rekaan skrin penuh.

iPhone XS dengan panel OLED memiliki saiz bezel yang lebih nipis berbanding iPhone XR dengan panel LCD.

Berbeza dengan penggunaan panel LCD, saiz bezel yang disokong akan kelihatan lebih tebal dan ini jelas dapat dilihat pada model iPhone XR jika dibandingkan dengan panel OLED pada iPhone XS/XS Max.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend