Apple Akan Mengatasi Pepijat Pada Siri Yang Mendedahkan Kandungan Emel Pada macOS Comments Off on Apple Akan Mengatasi Pepijat Pada Siri Yang Mendedahkan Kandungan Emel Pada macOS 131

iOS dan macOS sememangnya terkenal sebagai sebuah sistem operasi yang agak selamat digunakan, malah kebanyakan syarikat yang mementingkan ciri keselamatan data akan memilih peranti yang dikeluarkan oleh Apple.

Namun sehebat manapun sesebuah sistem operasi yang dibangunkan, isu ketirisan maklumat tanpa disengajakan adakalanya tidak dapat dielak. Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh pakar IT Apple iaitu Bob Gendler, dia telah berjaya menemui kandungan emel yang sepatutnya disulitkan.

Pepijat pada Siri di macOS membolehkan sebahagian daripada kandungan emel yang sepatutnya disulitkan boleh didedahkan melalui folder ‘db.files’.

Pepijat itu berjaya didedahkan selepas dia cuba memahami bagaimana aplikasi pembantu maya Siri pada sistem operasi macOS memberikan cadangan kepada setiap individu berbeza. Di dalam proses itu, dia menemui folder Suggestions di dalam folder Library yang mengandungi pelbagai fail dan juga fail pangkalan data (db.files) yang penting, termasuklah maklumat berhubung Apple Mail.

Sebenarnya pepijat ini telahpun ditemui buat pertama kalinya pada Julai yang lalu, namun begitu baru sekarang Apple telah mengeluarkan kenyataan untuk mengatasi pepijat tersebut dalam versi kemas kini macOS yang akan datang.

Bagi pemilik peranti macOS, buat masa ini anda boleh mematikan fungsi Siri pada Apple Mail seperti berikut: System Preferences → Siri → Siri Suggestions & Privacy → buang tanda pada Apple Mail.

sumber

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend