Apple AirPods Pro Kini Rasmi Dengan Rekaan Earbuds Pada Harga RM1099 Comments Off on Apple AirPods Pro Kini Rasmi Dengan Rekaan Earbuds Pada Harga RM1099 167

Apple hari ini secara senyap-senyap telah melancarkan TWS terbaru mereka yang diberi nama AirPods Pro. AirPods Pro hadir dengan rekaan serba baharu yang boleh dibezakan dengan AirPods generasi pertama dan kedua. Menariknya kali ini, ia menyokong fungsi pembatalan hingar aktif yang membolehkan pengguna mendengar audio dengan lebih imersif dan mengasyikkan.

Tangkai pada AirPods Pro kini lebih pendek berbanding model terdahulu. Melalui rekaan ini, fungsi tekanan turut hadir sama. Pengguna boleh memicit tangkai ini untuk mengaktifkan Transparency Mode. Mod ini sekaligus akan memadam seketika fungsi pembatalan hingar untuk memudahkan pengguna mendengar bunyi persekitaran.

Apple mengatakan teknologi pada AirPods Pro boleh memberi talaan khusus kepada muzik mengikut rupa bentuk telinga. Tambahan, pemacu pembesar suara yang diletakkan juga dapat menawarkan bunyi bes yang berkuasa selain dapat melaras frekuensi mengikut audio.

Menerusi cip H1, AirPods Pro dapat menyampaikan bunyi yang dinamik malah pada masa sama menjimatkan tenaga. Menurut Apple, AirPods Pro boleh memainkan muzik tanpa henti sehingga 4.5 jam atau sehingga 24 jam dengan mengecasnya pada sarung.

Perbezaan antara AirPods Pro dengan AirPods generasi pertama menggunakan aplikasi AR

AirPods Pro didatangkan bersama tiga pilihan getah earbuds dengan saiz S, M, dan L. Ia dijual pada harga RM1099 seunit dan hanya ditawarkan dengan warna putih sahaja. Tiada warna lain seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend