Apple AirPods Pro Berharga RM1099 Kini Mula Dijual Di Malaysia Comments Off on Apple AirPods Pro Berharga RM1099 Kini Mula Dijual Di Malaysia

Bagi yang ingin mendapatkan fon telinga terbaru daripada Apple, anda kini boleh mendapatkan AirPods Pro pada harga RM1099 di mana-mana kedai bertauliah Apple seluruh Malaysia.

Malahan jika anda belinya melalui laman rasmi Apple Malaysia, anda boleh mendapatkan perkhidmatan ukiran laser (nama, nombor, dan simbol) secara percuma begitu juga penghantaran ke rumah tanpa cas tambahan.

AirPods Pro hadir dalam pilihan warna putih sahaja, jadi jangan tanya mengapa tiada warna lain ditawarkan. Hebat ke tidak AirPods Pro ini, ia kini hadir dengan reka bentuk serba baharu, lebih kecil, dan lebih selesa dipakai.

Ia turut didatangkan dengan fungsi pembatalan hingar aktif dan Transparency Mode yang membolehkan pengguna mengubahnya hanya dengan sentuhan jari. Pengecasan pula boleh dibuat dengan tanpa wayar menerusi bekas yang sama seperti AirPods generasi kedua.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend