Apple AirPods Pro Bakal Diperkenalkan Dalam Pelbagai Variasi Warna Comments Off on Apple AirPods Pro Bakal Diperkenalkan Dalam Pelbagai Variasi Warna 113

Banyak khabar angin yang bertiup akhir-akhir ini mengenai Apple AirPods. Kini, ada yang melaporkan ia akan dikeluarkan dalam pelbagai warna selain warna putih sahaja pada generasi pertama dan kedua.

Menurut Economic Daily News China, terdapat lapan warna yang akan ditawarkan pada AirPods Pro atau AirPods 3 ini, antaranya ialah hitam, putih, dan Midnight Green. Ia juga dilengkapi teknologi pembatalan hingar aktif dan rekaan earbuds untuk keselesaan dan pengalaman audio yang lebih menyeluruh.

Ketika ini, kelapan-lapan warna yang dipercayai akan diperkenalkan itu telah digunakan pada fon kepala Beats Solo yang telah dilancarkan pada minggu lalu. Jika AirPods baharu nanti hadir dengan pelbagai pilihan warna, ia mungkin dapat memudahkan pengguna iPhone memandankan dua peranti itu mengikut citarasa tersendiri.

sumber

Baca juga:

AirPods 3 Mungkin Berwajah Baharu, Menyertakan Pilihan Warna Selain Putih

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend