Aplikasi Western Union Kini Diperkenalkan Dengan Perkhidmatan Pemindahan Wang Antarabangsa Dalam Talian Di Malaysia Comments Off on Aplikasi Western Union Kini Diperkenalkan Dengan Perkhidmatan Pemindahan Wang Antarabangsa Dalam Talian Di Malaysia

Hari ini Western Union selaku peneraju dalam menawarkan perkhidmatan pemindahan wang antarabangsa, telah melancarkan aplikasi mudah alih Western Union untuk pemilik telefon pintar di Malaysia. Melalui aplikasi ini, pelanggan boleh membuat pemindahan wang ke pelbagai negara di seluruh dunia dengan hanya beberapa klik sahaja.

Aplikasi Western Union kini boleh dimuat turun pada peranti Android dan iOS.

Melalui aplikasi perkhidmatan digital Western Union ini, pelanggan boleh memilih untuk membuat pindahan wang terus ke rangkaian runcit Western Union di lebih setengah juta lokasi ejen sah di lebih 200 negara dan wilayah. Malah pindahan wang itu juga boleh dibuat ke akaun bank di seluruh dunia.

Aplikasi Western Union menawarkan pindahan wang antarabangsa yang boleh diambil secara tunai terus melalui ejen berdaftar ataupun melalui akaun bank.

Sempena pelancaran aplikasi ini, Western Union telah mengumumkan yuran pemindahan sebanyak RM0.99 bagi setiap transaksi yang dibuat menggunakan aplikasi mudah alih Western Union dan westernunion.com. Pelanggan boleh membuat pemindahan wang sehingga RM3,000 sehari dan transaksi boleh dibuat menerusi perbankan Internet tempatan yang menyokong sistem FPX (Pertukaran Proses Kewangan).

Pemindahan wang antarabangsa dalam talian juga boleh terus dibuat melalui laman rasmi westernunion.com.

Anda kini sudah boleh membuat penghantaran wang antarabangsa di westernunion.com atau muat turun aplikasi Western Union pada peranti Android dan iOS:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend