Aplikasi WeChat Diharamkan Penggunaannya Pada Telefon Pintar Rasmi Di Australia Comments Off on Aplikasi WeChat Diharamkan Penggunaannya Pada Telefon Pintar Rasmi Di Australia

Sebelum ini pihak FBI di Amerika Syarikat telah mengeluarkan kenyataan kepada pengguna di negara itu untuk tidak menggunakan peranti keluaran Huawei dan ZTE kerana merasakan pihak kerajaan China akan menggunakannya untuk tujuan intipan rahsia.

Pengarah FBI, Christopher Wray (kiri) dan Pengarah CIA, Mike Pompeo (dua dari kiri) memberi keterangan mengenai ancaman di seluruh dunia semasa pendengaran Jawatankuasa Perisikan Senat di Capitol Hill di Washington, DC, 13 Februari 2018.

Baru-baru ini Jabatan Pertahanan Australia pula dikatakan tidak mempercayai ketelusan aplikasi WeChat yang merupakan salah satu aplikasi permesejan sosial yang dibangunkan di China. Rasa ragu-ragu pada WeChat ini telah menyebabkan aplikasi itu telah diharamkan daripada digunakan pada telefon pintar rasmi di negara tersebut.

Langkah ini telah diambil atas dasar untuk memastikan keselamatan data penting kerana pada Oktober tahun lepas, Organisasi Perisikan Keselamatan Australia telah mengeluarkan amaran bahawa Australia telah menjadi sasaran ‘pengintipan dan gangguan oleh pihak asing’.

WeChat merupakan salah satu daripada aplikasi sosial popular yang dibangunkan di China.

 

Berikutan oleh itu, penggunaan aplikasi WeChat tidak dibenarkan pada telefon pintar rasmi di Australia. Manakala aplikasi WhatsApp pula masih lagi dalam peringkat penilaian buat masa ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend