Aplikasi Uber Lite Bersaiz 5MB Dengan Sokongan Sambungan 2G Diperkenalkan Di India Comments Off on Aplikasi Uber Lite Bersaiz 5MB Dengan Sokongan Sambungan 2G Diperkenalkan Di India

Tidak dinafikan lagi bahawa peranti flagship dengan sokongan spesifikasi tinggi sememangnya memiliki pengikutnya yang tersendiri, tetapi tanpa anda sedari lebih ramai di antara pengguna memiliki peranti mampu milik dengan sokongan spesifikasi yang agak asas. Ini jelas dapat dilihat di negara yang sedang membangun terutamanya di India.

Menyedari akan penggunaan peranti berspesifikasi rendah di kalangan pengguna di negara itu, Uber telah memperkenalkan versi Lite khusus untuk pengguna perkhidmatan itu di India. Dengan saiz fail hanya 5MB, ia dilihat mampu menjimatkan ruang storan kerana saiz fail versi penuh melebihi 40MB.

Apa yang lebih menariknya, aplikasi Uber Lite ini masih boleh digunakan walaupun telefon pintar menerima isyarat rangkaian yang sangat lemah kerana ia boleh menyokong rangkaian 2G dengan masa respons sehingga 300ms. Versi Lite ini dikatakan akan turut diperluaskan ke negara-negara lain pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend