Aplikasi Penanda Aras Geekbench Mengesahkan Sokongan Snapdragon 710 Pada Realme 3 Pro Comments Off on Aplikasi Penanda Aras Geekbench Mengesahkan Sokongan Snapdragon 710 Pada Realme 3 Pro 228

Realme 3 Pro sebelum ini dikatakan bakal memberi saingan terhadap Redmi Note 7 Pro kerana ia dipercayai menawarkan spesifikasi yang lebih berkuasa. Namun begitu buat masa ini spesifikasi yang berjaya didedahkan masih lagi tidak boleh disahkan kerana ia masih lagi sekadar khabar angin, dan pengesahan spesifikasinya akan hanya diumumkan pada 22 April nanti.

Tarikh pelancaran Realme 3 Pro di India.

Berdasarkan pendedahan yang dibuat oleh aplikasi penanda aras popular Geekbench, Realme 3 Pro yang tampil dengan nama model Realme RMX1851 ini dilaporkan akan dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 710. Melalui screenshot keputusan itu juga, Realme 3 Pro dilihat telah dioperasikan dengan Android 9.0 Pie yang dipercayai menggunakan UI ColorOS 6.0.

Selain itu, Realme 3 Pro juga dipercayai akan ditawarkan dalam dua varian memori RAM berbeza iaitu 4GB dan juga 6GB, serta dua pilihan storan iaitu 32GB atau 64GB. Sungguhpun begitu, keputusan single-core yang dicatatkan adalah agak rendah jika dibandingkan dengan peranti Snapdragon 710 yang lain, dan ini mungkin kerana ia masih lagi dalam peringkat pengujian.

Apa yang lebih menariknya, Realme 3 Pro juga sebelum ini telah disahkan turut menyokong permainan Fortnite pada 60fps, yang mana sebelum ini hanya boleh menyokong beberapa peranti mercu terpilih sahaja.

Baca juga:

Realme 3 Pro Dikhabarkan Akan Dikuasakan Oleh Snapdragon 710, Kamera Sony IMX519 dan 6GB RAM

Realme 3 Pro Sah Akan Dilancarkan Pada 22 April 2019 Nanti

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend