Aplikasi Pemantauan Peranti ‘TeenSafe’ Menyebabkan Ketirisan Akaun Apple ID Pengguna Comments Off on Aplikasi Pemantauan Peranti ‘TeenSafe’ Menyebabkan Ketirisan Akaun Apple ID Pengguna

Aplikasi ‘TeenSafe’ sememangnya sangat popular kerana ia membolehkan ibu bapa memantau aktiviti penggunaan telefon pintar anak-anak mereka. Dengan pemasangan aplikasi ini, ibu bapa berupaya membaca teks mesej (termasuk yang telah dipadam), melihat mesej yang dihantar menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti WhatsApp, memaparkan log panggilan, menyekat penggunaan aplikasi tertentu daripada diakses, dan juga boleh mengetahui lokasi anak-anak tanpa perlu mendapatkan kebenaran daripada mereka.

Baru-baru ini pelayan aplikasi TeenSafe yang dihoskan oleh servis storan awan Amazon berhadapan dengan isu apabila ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan sebarang kata laluan. Menurut penganalisa keselamatan di UK iaitu Robbie Wiggins, dua pelayar yang dimiliki oleh syarikat itu telah tertiris menyebabkan pihak tidak bertanggungjawab boleh mendapatkan alamat emel ibu bapa yang terlibat dan juga akaun Apple ID anak-anak mereka.

Memandangkan fungsi pengesahan dua faktor pada aplikasi TeenSafe telah dimatikan, penggodam boleh mengakses akaun kanak-kanak yang terlibat bagi membolehkan mereka mengumpul data peribadi dan juga kandungan sulit. Buat masa ini pembangun TeenSafe telah memberi amaran kepada semua pelanggan yang terlibat untuk tindakan selanjutnya.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend