Aplikasi Netflix Untuk Telefon Pintar Sokong Ciri Baharu ‘Mobile Previews’ Comments Off on Aplikasi Netflix Untuk Telefon Pintar Sokong Ciri Baharu ‘Mobile Previews’

Netflix secara rasminya telah mengumumkan kemas kini baharu untuk aplikasi telefon pintar dengan sokongan ‘Mobile Previews’ yang membolehkan pengguna Netflix melihat trailer rancangan TV atau filem selama 30 saat dalam mod paparan skrin menegak.

Ruangan khas yang dikenali sebagai ‘Previews’ ini akan dipaparkan pada bahagian atas skrin peranti sebaik sahaja aplikasi Netflix diakses. Pengguna hanya perlu memilih mana-mana trailer yang ingin ditonton, dan ia boleh dimasukkan ke dalam senarai tontonan dengan lebih mudah. Malah pengguna juga boleh memainkan trailer yang berikutnya dengan hanya meleretkan skrin ke tepi atau menyentuh skrin untuk ke tayangan yang seterusnya.

Buat masa ini ciri baharu ‘Mobile Previews’ hanya tersedia untuk peranti iOS, manakala peranti Android pula akan menyokong fungsi ini pada masa akan datang.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend