Aplikasi MyDigi Rai 3 Juta Pengguna Aktif Dengan Pelbagai Ganjaran Menarik Termasuk Telefon Pintar Comments Off on Aplikasi MyDigi Rai 3 Juta Pengguna Aktif Dengan Pelbagai Ganjaran Menarik Termasuk Telefon Pintar

Sempena meraikan kejayaan baharu dengan mencatatkan tiga juta pengguna aktif setiap bulan melalui penggunaan aplikasi MyDigi, Digi Telecomunications Sdn Bhd (Digi) telah menawarkan menawarkan dua unit OPPO Find X Edisi Lamborghini. Dua pelanggan teratas dengan pembelian tertinggi di aplikasi MyDigi dari 1 Mac hingga 30 April 2019 akan dipilih untuk memenangi telefon pintar edisi terhad ini.

Bagi melayakkan diri untuk menyertai ganjaran hebat ini, pelanggan hanya perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM3 untuk ganjaran atau tawaran terlaris iaitu pas 1 hari berharga RM3 untuk 3GB data Internet. Selain itu, pelanggan akan turut menerima tawaran yang diperibadikan dalam Box of Surprise dan MyDigi Rewards di bawah tab ‘Deals’ dalam aplikasi MyDigi.

Antaramuka baharu aplikasi MyDigi.

Digi juga turut mengumumkan naik taraf aplikasi MyDigi yang kini hadir dengan ciri-ciri yang lebih baik untuk meningkatkan pengalaman digital pelanggan. Hadir dengan rekaan yang lebih ringkas, ia membolehkan pelanggan menguruskan semua langganan dalam satu halaman, termasuk bil atau maklumat tambah nilai, penggunaan Internet, panggilan dan kuota SMS serta Internet tambahan dengan lebih mudah.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend