Aplikasi Microsoft Translator Kini Sokong Fungsi Terjemahan Secara Offline Untuk Peranti Android Dan iOS Comments Off on Aplikasi Microsoft Translator Kini Sokong Fungsi Terjemahan Secara Offline Untuk Peranti Android Dan iOS

Pada penghujung tahun 2017 yang lalu, Microsoft telah memperkenalkan fungsi terjemahan AI secara offline untuk beberapa model Android terpilih yang dikuasakan dengan cip pemproses dengan keupayaaan AI. Antara peranti yang sebelum ini menyokong fungsi terjemahan tanpa memerlukan data Internet ini termasuklah Huawei Mate 10 Pro.

Nampaknya kini pemilik peranti Android atau iOS yang lain sudah boleh menikmati fungsi tersebut dengan memuat turun pek bahasa yang ada disediakan dalam aplikasi Microsoft Translator. Ini bermakna anda tidak memerlukan peranti dengan sokongan cip pemproses AI, tetapi masih mampu berfungsi dengan baik tanpa masalah.

Buat masa ini terdapat 44 pek bahasa boleh dimuat turun dan 11 daripada pek bahasa itu menyokong terjemahan neural. Antara senarai bahasa terbaru yang ditawarkan termasuklah Arabic, Chinese Simplified, French, German, Italian, Japanese, Korean, Portuguese, Russian, Spanish dan juga Thai.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend