Aplikasi Mi Community Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi Comments Off on Aplikasi Mi Community Malaysia Dilancarkan Secara Rasmi

Hari ini Xiaomi Malaysia melalui akaun Twitter rasmi miliknya telah mengumumkan pelancaran rasmi aplikasi ‘Mi Community Malaysia’ di Google Play Store.

Melalui aplikasi ini, ia akan memaparkan pelbagai info terkini, soal jawab, aktiviti, galeri, dan juga video yang dikongsikan oleh komuniti tempatan.

Kemas kini: Kini aplikasi Mi Community Malaysia sudahpun menyokong akses tetapan negara Malaysia.

Namun berdasarkan percubaan kami apabila mengakses aplikasi ini, tiada tetapan pilihan negara ‘Malaysia’ disertakan dalam senarai tersebut apabila ia diakses buat pertama kali. Walau bagaimanapun beberapa negara Asia Tenggara yang lain seperti India, Indonesia, Filipina dan juga Vietnam ada disenaraikan.

Disebabkan tiada tetapan negara ‘Malaysia’ boleh dipilih, pengalaman penggunaan aplikasi ini dilihat tidak begitu praktikal kerana ia tidak dikhususkan untuk pengguna tempatan.

Muat turun aplikasi ‘Mi Community Malaysia’:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend