Aplikasi Kecergasan Under Armour Digodam – Jejas 150 Juta Akaun Pengguna Comments Off on Aplikasi Kecergasan Under Armour Digodam – Jejas 150 Juta Akaun Pengguna 355

Sejak kebelakangan ini agak kerap isu pencerobohan data pengguna oleh pihak tidak bertanggungjawab, dan kes terbaru telah melibatkan aplikasi kecergasan MyFitnessPal yang dibangunkan oleh Under Armour pula menjadi mangsa.

Menurut Under Armour, aplikasi kecergasan mereka telah digodam pada 25 Mac 2018 yang lepas dan menjejaskan 150 juta akaun pengguna aplikasi tersebut. Berdasarkan kenyataan yang telah dibuat, pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah berjaya memperolehi nama pengguna, alamat emel, dan juga kata laluan ‘hashed’ yang sukar untuk ditembusi.

Walau bagaimanapun, Under penggodam itu tidak berjaya mendapatkan maklumat peribadi yang lebih penting seperti nombor keselamatan sosial, lesen pemandu atau data kad kredit pengguna yang telah digodam. Buat masa ini mereka sudahpun membuat menghubungi pihak berkuasa berhubung kes pencerobohan data tersebut, dan ia kini masih dalam siasatan.

Under Armour juga telah memaklumkan penggunanya melalui emel dan mesej untuk mengemaskini tetapan mereka bagi melindungi maklumat akaun masing-masing.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend