Aplikasi Google Phone Untuk Peranti Android Kini Menyokong Fungsi Untuk Menyekat Panggilan Spam 0 507

Pada April yang lepas Google telah melancarkan program beta untuk aplikasi Google Phone dalam percubaannya untuk mengaktifkan fungsi sekatan panggilan spam yang diterima. Kini fungsi itu telah mula disokong pada kebanyakan peranti Android yang memiliki aplikasi Google Phone.

Dengan adanya fungsi ini, setiap panggilan yang dikesan sebagai spam secara automatik akan terus dipindahkan ke dalam peti suara tanpa sebarang makluman notifikasi. Ia sememangnya sangat membantu kerana anda tidak lagi akan terganggu dengan bunyi nada dering ataupun getaran pada peranti setiap kali menerima panggilan spam.

Untuk mengaktifkan fungsi sekatan panggilan spam ini, anda hanya perlu mengakses aplikasi Google Phone → Settings → Caller ID & Spam → klik pada menu Filter spam calls.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend