Aplikasi Google Phone Bakal Sokong Antaramuka Gelap Untuk Penjimatan Bateri Comments Off on Aplikasi Google Phone Bakal Sokong Antaramuka Gelap Untuk Penjimatan Bateri

Menyedari akan isu penggunaan bateri apabila memaparkan antaramuka cerah pada peranti dengan paparan skrin OLED/AMOLED, Google sebelum ini pernah menjanjikan sokongan fungsi antaramuka gelap untuk aplikasi Google Phone pada Ogos yang lalu.

Kini selepas lebih kurang dua bulan, janji itu telah ditepati selepas pemilik peranti Android yang menyertai program beta untuk aplikasi itu telah mula menerima kemas kini tersebut. Melalui penerimaan kemas kini versi v26.0.221539659, pengguna aplikasi beta untuk Google Phone boleh menukar tema gelap itu seperti berikut: Settings → Display options → Dark theme

Kesemua peranti Android yang menyokong aplikasi Google Phone bakal menerima fungsi ini tidak lama lagi, selepas versi beta itu selesai diuji dan stabil untuk digunakan.

  • Muat turun aplikasi Google Phone: Google Play Store
  • Sertai program beta untuk aplikasi Google Phone: Beta
Previous ArticleNext Article

Send this to a friend