Aplikasi Facebook Kini Tampil Dengan Perubahan Kecil Yang Lebih Praktikal Comments Off on Aplikasi Facebook Kini Tampil Dengan Perubahan Kecil Yang Lebih Praktikal

Hari ini pemilik telefon pintar sudahpun mula menerima kemas kini baharu untuk aplikasi mudah alih Facebook. Walaupun kemas kini baharu ini tidak begitu banyak berbeza dengan versi sebelumnya, ia dilihat lebih praktikal.

Aplikasi Facebook untuk peranti Android versi 264.0.0.44.111 ini akan menempatkan tab utama iaitu Home, Groups, Videos, Gaming, Notifications dan juga Settings pada bahagian bawah antaramuka.

Ini secara tidak langsung memudahkan kesemua tab itu untuk diklik, walau dengan hanya menggunakan satu tangan sahaja. Fungsi ini sememangnya sangat praktikal terutamanya untuk telefon pintar dengan sokongan saiz skrin besar.

Tips: sekiranya peranti anda masih memaparkan Facebook dengan antaramuka lama, anda boleh akses Settings > Apps > Facebook > Storage > klik pada butang Cache. Tutup Facebook sepenuhnya dan buka semula seperti biasa.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend