Aplikasi E-Dompet Touch ‘N Go Kini Menyokong Pembayaran QR Untuk Perkhidmatan Teksi, Pertama Di Malaysia Comments Off on Aplikasi E-Dompet Touch ‘N Go Kini Menyokong Pembayaran QR Untuk Perkhidmatan Teksi, Pertama Di Malaysia

Pengguna aplikasi e-dompet Touch ‘N Go kini sudah boleh membuat transaksi tanpa tunai dengan menggunakan kaedah pembayaran QR terus melalui aplikasi tersebut.

Perkara ini telah diumumkan semalam selepas TNG Digital Sdn Bhd mengumumkan kerjasama strategik bagi membolehkan pemandu teksi EzCab dan Public Cab untuk menerima pembayaran menggunakan aplikasi e-dompet Touch ‘N Go. Bertemakan #JomTeksi, sokongan penerimaan pembayaran elektronik di kalangan pengusaha teksi ini adalah sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tanpa tunai.

Malah kaedah pembayaran menggunakan kod QR ini juga bertujuan untuk membantu mereka untuk bersaing dengan perkhidmatan ride-hailing sedia ada di negara ini. Ia juga dirasakan lebih mudah kerana penumpang hanya perlu mengimbas kod pemandu teksi untuk membayar tambang.

Buat masa ini hampir 4,000 pemandu teksi EzCab dan teksi persendirian telah menyokong kaedah pembayaran QR menggunakan aplikasi e-dompet Touch ‘N Go. TNG Digital Sdn Bhd menjangkakan untuk melaksanakan kaedah pembayaran ini kepada lebih 10,000 teksi menjelang hujung tahun ini.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend