Aplikasi E-Dompet Touch ‘n Go KidZania Diperkenalkan Bagi Meningkatkan Kesedaran Transaksi Digital Di Kalangan Kanak-Kanak Comments Off on Aplikasi E-Dompet Touch ‘n Go KidZania Diperkenalkan Bagi Meningkatkan Kesedaran Transaksi Digital Di Kalangan Kanak-Kanak 233

Sebagai sebahagian daripada agenda untuk memacu penggunaan pembayaran tanpa tunai di negara ini, KidZania Kuala Lumpur telah mengumumkan kerjasama dengan TNG Digital Sdn. Bhd. dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran transaksi digital di kalangan kanak-kanak.

Melalui penawaran aplikasi e-dompet Touch ‘n Go KidZania yang akan diintegrasikan di dalam aplikasi e-dompet TNG Digital sedia ada, kanak-kanak yang berkunjung ke KidZania Kuala Lumpur boleh mendaftar masuk ke dalam menu khas ini sebahagian daripada sistem pembayaran di situ.

Aplikasi e-dompet yang pertama seumpamanya diperkenalkan di francais KidZania ini akan menerima mata wang khas yang dikenali sebagai ‘kidzos’ untuk proses transaksi. Jadi dengan pendedahan awal terhadap transaksi digital sebegini di kalangan kanak-kanak, ia berupaya mendorong mereka untuk celik kewangan dan dalam masa yang sama membantu mereka untuk berbelanja dengan berhemah berdasarkan baki e-dompet.

Bersempena dengan penggunaan transaksi tanpa tunai di KidZania Kuala Lumpur, Touch ‘n Go eWallet Experiential Centre juga akan turut diperkenalkan pada tahun ini untuk menggalakkan penggunaan pembayaran tanpa tunai di kalangan kanak-kanak di KidZania Kuala Lumpur.

Previous ArticleNext Article

Send this to a friend